:
PENGENALAN
Share:


PENGENALAN / SEJARAH PENUBUHAN

Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa (SMADT) telah ditubuhkan pada tahun 1995. Sekolah ini melaksanakan pengajian akademik, subjek Azhariah bersepadu dengan Hafazan Al-Quran serta pembelajaran system pondok. Secara khususnya SMADT menyediakan kurikulum akademik berdasarkan sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kurikulum Azhariah iaitu Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Penggabungan kurikulum ini akan melahirkan insan yang sempurna duniawi dan ukhrawi. Sistem pengajian di SMADT bermula jam 7.30 pagi sehingga 2.15 petang. Pentadbiran dan pengurusan sekolah (JPS) di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).