Image Banner

ENVIRO CHALLENGE

Kami hadir...Alhamdulillah, SMADT menghantar 16 org peserta(4 team) untuk program kali ini, Enviro Challenge dibawah anjuran Jab. Alam Sekitar Negeri Perak 2022.
Hadir sama wakil pentadbiran Sek, PK KOKU Ust Khairi Yusuf dan beberapa guru yang memberi sokongan dlm program ini.
Harapan terlibat program hari ini, memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu, cari pengalaman dan merapatkan ukhwah semasa pelajar lain yg terlibat.
Didoakan anda semua terlibat berjaya dlm pertandingan ini.
Sirru 'alaabarakatillah...

LAGI

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMADT

8 OGOS 2022 - Coretan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMADT 2022 sebentar tadi, saya mewakili guru² d staff mengucapkan jutaan tahniah kpd semua anak² murid yg berjaya dlm pelajaran.
Sesungguhnya, perjalanan kalian masih jauh, penuh onak d duri... Ingatlah setiap pesanan ibubapa d guru² kalian, belajarlah tinggi mana pon, adab dgn ilmu wajib ada dlm diri...
Sirru 'alaabarakatillah...

LAGI

KARNIVAL SUKAN ANTARA SEKOLAH

Karnival Sukan antara Sekolah - Sekolah Menengah Agama Negeri Perak..
SABTU 2/7 dan Ahad 3/7/2022
Alhamdulillah selesai sudah perjuangan Skuad Badminton SMADT dalam kejohanan badminton KESSUMA yang berlangsung di Dewan Vtery Badminton, Pokok Assam, Taiping.
Pada tahun ini, SMADT diwakili oleh 2 team beregu lelaki dan perempuan.
Kejohanan badminton bagi peserta beregu pertama perempuan berlangsung pada hari Sabtu, berjaya mara pada peringkat kumpulan hingga ke peringkat suku akhir. Manakala peserta beregu lelaki pertama juga berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir pada hari Ahad lepas bertempat di Dewan badminton yang sama.
Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil sekolah. Peserta kejohanan badminton akhirnya pulang dengan sijil penyertaan dan penghargaan dari pihak penganjur.

LAGI

KEPUTUSAN SPM 2021

17 JUN 2022 - Calon SPM 2021 ini merupakan kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan menggunakan soalan format baru KSSM dan kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan 50% soalan-soalan beraras tinggi (KBAT).
Alhamdulilah, dengan cabaran pembelajaran dalam pandemik, akhirnya mereka berjaya menjalani SPM dengan baik.
Keputusan SPM 2021 bagi calon-calon SMADT menunjukkan peningkatan yang baik dalam hampir semua matapelajaran. Tahun ini, keputusan SPM mencatatkan rekod pencapaian A terbaik dalam sejarah SMADT, iaitu 9A oleh Cut Saidatul Amira. Pencapaian terbaik seterusnya ialah Muhammad Fadhil diikuti Nor Asma' . Tahniah diucapkan...
Haza Rahmatun min Rabbi..
#SPM2021
#SMADTdihati

LAGI

SESI PEMILIHAN PESERTA BADMINTON

29 MEI 2022 - Sesi pemilihan peserta badminton untuk mewakili SMADT dalam pertandingan sukan antara sekolah2 agama negeri Perak.
#sukanSMAN
#SMADTdihati

LAGI

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SMADT

23 MEI 2022 - Majlis Penyerahan Watikah Pengawas SMADT
"Memimpin kepimpinan masa hadapan"
#smadtdihati
#watikahpengawas

LAGI

SAMBUTAN HARI GURU

23 MEI 2022 - “SELAMAT HARI GURU” “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Guru, Tanpamu dunia ini gelap gelita, Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca, Tanpamu juga kami akan meraba-raba. Selamat Hari guru
Guru, Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu; itulah cikgu, itulah guru, besar jasanya sejak dahulu.
Guru, Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawanya ada mesra Dalam diamnya ada kebijaksanaan Dalam tangannya sahsiah kita terbina.
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image Banner